? ??????????????Friends Make It Ok? ????? ?? ???Rating: 4.5 (12 Ratings)??1854 Grabs Today. 13595 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Butterfly Notes? ????? ?? ???Rating: 4.6 (7 Ratings)??1846 Grabs Today. 14429 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ??? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 25 Mei 2010

Mengedarkan Risalah

Assalamualaikum..

Pada 26 Februari 2010,kami mengedarkan risalah kami yang pertama iaitu KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN dan 15 SEKSAAN DI DUNIA JIKA MENINGGALKAN SOLAT. Aminin bersama Shima mengedarkan risalah ini dari kelas ke kelas. Kami mula dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 7.50pagi. Macam-macam ragam yang kami perolehi sepanjang aktiviti ini. Lagi pun semasa mengedarkan risalah inisekolah sedang dalam mood peperiksaan.. Ada sesetangah kelas yang endah tak endah dengan kehadiran kami.. Ada juga yang memberi respon yang baik. Apa-apa pun diucapakn terima kasih kepada semua pelajar dan cikgu kerana menerima kehadiran kami dan menerima risalah kami. Semoga hidup kalian dimuliakan olah ALLAH. Amin..

Risalah kami :

KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

Solat atau sembahyang merupakan rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam. Solat juga merupakan tiang agama dan satu ibadat wajib ke atas setiap umat Islam yang akil baligh. Dalam al Quran terdapat lebih 25 tempat ayat ‘AQAMA’ yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan ‘AS-SOLAH’ atau sembahyang diulang dan disebut dalam al Quran, antaranya firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“… maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”
(surah An-Nisaa’: 103)

Semua umat Islam hendaklah memerhati, memahami dan menghalusi perintah solat ini. Oleh sebab itu, Baginda Nabi s.a.w telah berpesan kepada umat Islam sejak 1430 tahun lalu supaya ibu bapa mengajar dan menyuruh anak-anak tentang ibadah sembahyang sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika enggan sembahyang ketika berumur 10 tahun.

Antara kepentingan dan pengaruh sembahyang kepada orang-orang Islam ialah:

Sembahyang Untuk Menyembah dan Mengingati Allah S.W.T.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Dan dirikanlah sembahyang itu semata-mata untuk mengingati Daku”.
(surah Thaha : 14)

Sembahyang adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah s.w.t. Berdasarkan maksud ayat ini sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala. Sekali gus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah s.w.t. atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan Allah kepada kita seperti firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan kepadamu nikmat yang melimpah ruah. Kerana itu, dirikanlah sembahyang dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu”.

Hikmah Sembahyang Dalam Menghapuskan Dosa


Terdapat sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya
adalah penebus dosa antara jarak waku sembahyang-sembahyang itu, selama
dijauhinya dosa-dosa besar”.
( Hadis Riwayat Muslim)

Sembahyang Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar

Terdapat Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“… dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”.
(surah Al-Ankabut : 45)

Inilah kesan baik kepada orang yang benar-benar taat mendirikan sembahyang, Ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala, bahawa sembahyang itu dapat mencegah daripada perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran.

Sembahyang Memantap Jiwa dan Sifat Tawaddu’

Kesan kebaikan sembahyang seterusnya dapat dilihat dan dirasakan dalam hati, jiwa dan dalam diri seseorang yang mendirikan sembahyang dengan ikhlas kerana Allah semata-mata, dari segi membentuk peribadi yang berdisiplin, tegas, tetap hati, berprinsip, bersifat tawaddu’ dan sifat tadarru’. Dengan kata lain, sembahyang akan membentuk sifat dan akhlak mulia dalam diri orang-orang yang bersembahyang. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w.yang bermaksud:

“Bahawasanya sembahyang itu adalah penetapan hati (tegas dan berprinsip), (menyuburkan) sifat tawaddu’ serta tadarru’ (dalam hati dan diri seseorang)…”

Sembahyang Menjana Kejayaan dan Kebahagiaan

Berkat hidup dan berbahagia kehidupan, aman damai dan tenang dan jiwa dipenuhi rasa yakin berjaya dan maju. Tiada keluh kesah, bimbang, runsing, takut dan gundah dalam diri. Inilah kesan daripada ibadah sembahyang. Ia hanya akan dirasakan oleh orang-orang yang taat, khusuk dan ikhlas mengerjakan sembahyang sepanjang hayatnya. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya berbahagia dan berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya”.
( surah Al-Mukminun : 1-2 )

Perlu diingatkan bahawa solat adalah ibadat yang diterima oleh Baginda Nabi s.a.w. secara langsung daripada Allah s.w.t. ketika Nabi s.a.w. menghadap Allah s.w.t. di Sidratul Muntaha dalam peristiwa besar Isra’ Mikraj Nabi s.a.w. Berbeza dengan ibadah lain seperti ibadah puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu. Ini tentu satu kenyataan bahawa ibadah sembahyang itu terlalu istimewa di sisi Allah s.w.t.



15 Seksaan Di Dunia Jika Meninggalkan Solat


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata.” Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab.”

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga lagi ketika hamper ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika bertemu Allah pada hari kiamat.

Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?”
Jawab Baginda:

Hilang berkat umurnya
Hilang keberkatan rezekinya
Dihilangkan Allah tanda soleh pada mukanya
Tidak diakui masuk golongan Islam
Segala amal baiknya tidak diberi ganjaran
Doanya ditolak Allah

Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya : “ Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya.”

Kemudian bertanya lagi sahabat : “Ya Rasulullah s.a.w. apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?”

Jawab baginda:

Matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.
Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.
Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah s.a.w. apa pula seksaan di dalam kuburnya?”
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Disempitkan Allah kuburnya, degelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan oleh Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti.”

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, Allah akan hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Syuja’ul-akra’, yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia berkata kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: “Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab engkau meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh.”

Lalu Syuja’ul-akra’ terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu akan terbenam ke dalam bumi beberapa hasta. Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.

Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah s.a.w. bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat di depan Allah?”
Jawab baginda: “Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.”

“Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan solat yang difardhukan. Kemudian orang itu ditarik dan dilemparkan ke dalam neraka Saqar.”

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.
Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.

Firman Allah bermaksud;
“Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jauh ke dalam satu telaga api neraka.”


* Diharapkan kepada semua pelajar Islam,diharapkan ambil iktibar daripada risalah ini.

Terima kasih.

0 ulasan: