? ??????????????Friends Make It Ok? ????? ?? ???Rating: 4.5 (12 Ratings)??1854 Grabs Today. 13595 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Butterfly Notes? ????? ?? ???Rating: 4.6 (7 Ratings)??1846 Grabs Today. 14429 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ??? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, 24 Disember 2010

Keputusan PMR diumumkan

Assalamualaikum...


Pada 23 Disember 2010 adalah detik yang pasti mendebarkan terutama kepada semua pelajar PMR,guru-guru dan ibu bapa yang mempunyai anak yang menduduki PMR. Kenapa? Kerana pada tarikh ini keputusan PMR telah diumumkan. Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar PMR yang berjaya menduduki PMR dan mendapat keputusan yang baik (7A,8A,9A). TAHNIAH kami ucapkan. Kepada yang kurang berjaya, jangan bersedih dan berputus asa. Ingatlah, semua yang terjadi ada hikmah yang hanya ALLAH yang tahu. Kita yang merancang tapi Allah yang menentukan-Nya. Yang penting adik-adik terus berusaha dan menjadikan apa yang telah adik-adik terima sebagai batu loncatan adik menggapai bintang kejayaan dalam SPM, kehidupan di dunia dan di akhirat. Yang penting adik-adik dan kami semua berusaha dengan ikhlas demi mendapat keredhaan daripada-Nya. Amin.. Amin.. Amin ya rabbal alamin.. :)

Isnin, 15 November 2010

Laungan Azan selama 24 jam tanpa Henti

Rabu, 27 Oktober 2010

Selamat berjaya kepada pelajar tingkatan 3.

Selamat berjaya kepada semua pelajar tingkatan 3 ( 2010 ) yang mengambil peperiksaan Penilain Menengah Renda ( PMR )..

Semoga keputusan anda gempak-gempak belaka ye.. :D :D
Kami di Persatuan Agama Islam mendoakan kejayaan anda terutama kepada pelajar SMK TUN ISMAIL.. Anda semua harapan ibu bapa,guru-guru, dan juga sekolah serta negeri JOHOR. amin :)

Selasa, 3 Ogos 2010

Bengkel Seni Tulisan Khat

Assalamualaikum..


Pada 24 Julai 2010 yang lalu pada hari Sabtu. Persatuan kami telah menganjurkan bengkel kursus seni tulisan khat yang bertempat di makmal komputer SMK Tun Ismail. Seperti kebanyakkan aktiviti yang kami anjurkan cuaca pada hari tersebut hujan. Itu yang dinamakan rezeki dan rahmat. Kami terima dengan hati terbuka dan menganggap apa yang terjadi ada hikmah yang pasti menggembirakan kami. Pada aktiviti kali ini ada kelainan kerana pengerusi tidak ada bersama kami atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tidak mengapa kami teruskan juga. Yang penting aktiviti ini dijalankan dengan sempurna dan semoga mendapat kerahmatan daripada ALLAH S.W.T.

Aktiviti ini seharusnya bermula pada pukul 8.00 pagi tetapi terpaksa lewat sedikit kerana faktor cuaca. Dalam pukul 9.00 pagi aktiviti dimulakan. Ustazah Zaharah telah memberi sedikit ucapan dan memulakan aktiviti. Setelah itu, Ustazah Zaharah telah menyerahkan tampuk pengendalian kepada pengajar seni tulisan khat. Sebelum memulakan aktiviti, pengajar telah memperkenalkan diri dan menceritakan serba sedikit mengenai diri beliau dan mengenai tulisan khat. Rupa-rupanya terdapat pelbagai jenis tulisan khat yang ada. Baru kami mengetahuinya. Hehehe. Rasanya kami tidak akan tahu jika beliau tidak memberitahu. Selepas itu,aktiviti mempelajari menulis seni khat dimulakan. Sebelum kami sendiri yang menulis di A4 yang telah disediakan beliau telah menunjukkan cara-cara yang betul dihadapan. Semua para peserta teruja dengan apa yang telah dibuat. Cantik,halus dan kagum. Para peserta pun mencuba sendiri termasuk la ajk-ajk yang hadir pada hari tersebut. Macam-macam jenis tulisan yang ada. Unik dan menawan. Tidak cantik? Biasalah pada permulaan. Tapi jangan putus asa. Buat sehingga berjaya. Ingat,bahawasanya bukan mudah untuk melakukan sesuatu pada awalnya tanpa mengetahui asas-asasnya. Sedangkan pengajar tersebut telah mengatakan 4 tahun beliau belajar baru dapat tulisan yang memuaskan.
Selepas hampir 4 jam,aktiviti ini telah berakhir. Majlis penutup telah dilakukan oleh para ajk. Ucapan penutup dan terima kasih telah diucapkan oleh naib pengerusi, Mohammad Taufiq. Sedikit cenderahati daripada kami untuk pengajar telah disampaikan oleh naib pengerusi juga. Setelah selesai semuanya para peserta dan ajk-ajk dibenarkan pulang. Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar. Kami bersyukur sangat-sangat. Mudah-mudahan aktiviti seperti ini dapat dilakukan lagi dengan lebih baik dan diberkati. Amin.. :D

Jumaat, 11 Jun 2010

Tanda-Tanda Kekuasaan Allah

Rabu, 2 Jun 2010

Hari Pembersihan Kawasan Perkuburan :)

Assalamualaikum..



Dup..Dap..Dup..Dap..Dup..Dap... Kenapa ni? Apa yang telah berlaku? Kenapa berdebar je ni?
Owh,,rupa-rupanya dah 15 Mei 2010. Apa kaitannya ye? Ye la. 15 Mei 2010 kan aktiviti kami bersama-sama dengan Pergerakan Puteri Islam membersihkan kawasan perkuburan belakang Sekolah Agama Parit Raja. Hah?? Betul ke hari ini?? Cepatnya masa berlalu. Tidak mengapa la. Hehehe..
Seawal 7.30 pagi,kami berkumpul di hadapan gelanggang futsal. Disitu, kami mengambil kedatangan dan membahagi-bahagikan kumpulan. Selepas itu, kami bergerak dalam kumpulan sehingga sampai ke kawasan perkuburan. Sesampainya kami disana, kami berkumpul dan membaca Tahlil ringkas yang diketuai oleh Muhamad Helmy bin Sabtu. Sesudah membaca Tahlil ringkas, Ustazah Zaharah memberikan ucapan,diikuti oleh Ketua Masyarakat dan Pengerusi aktiviti ini. Selesai ucapan,guru yang terlibat membahagi-bahagikan tempat kepada kumpulan yang ada. Aktiviti kami buat? Mestilah ada kaitan dengan membersih.

Disini ada gambar untuk tatapan :






Dayah dan Nasuha..







Apa yang penting? KERJASAMA!! :)








Adik,,hati-hati ye..






Elok-elok masukkan dalam plastik hitam..






Ingat,,jaga adab.. ;p





Cak.. Baaa.. hehehe..







Sabar buat kerja ye.. :)





Kenapa?? Apa yang kecoh-kecoh tu??






Senyuman itu satu sedekah.. :)






Bersihkan dan hati-hati ye.. :)






Adik-adik buat apa tu?? :-?





Nak bersihkan mana lagi eak??





Berusaha!!!!! :)






Senyuman satu ubat untuk menghilangkan penat.. hehe.. :)



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




Lebih kurang pukul 10 pagi, kami semua pun berhenti. Kami mula mengumpulkan barang-barang yang digunakan dan sampah-sampah yang telah dikumpulkan. Selesainya,kami semua melepaskan lelah seketika sebelum mengakhiri aktiviti ini. Semua peserta mengisi perut yang sudah tentu kosong dengan sebungkus roti, mee hoon goreng, air masak dan air sirap. Kami harap para peserta tidak kisah dengan kudapan yang kami sediakan dan seronok menikmatinya. Kami juga berharap sepanjang aktiviti ini berlangsung tiada pihak yang kecil hati mahupun tersinggung dengan kami.






Suasana selepas semua kerja telah selesai.. :)



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




Sebelum kami semua pulang semula ke sekolah, kami ada sedikit cenderahati untuk diberikan kepada penduduk kampung. Kami serahkan kepada Ketua Masyarakat yang hadir. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka kerana memberikan kebenaran dan kerjasama terhadap aktiviti ini.



Sedikit cenderahati daripada kami kepada ketua masyarakat.. :)






Inilah ajk-ajk kuat disebalik aktiviti ini..
Tahun depan buat lagi ye dan harap lebih baik daripada ini ye adik-adik.. :)



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




Sebelum itu, kami ada sedikit cenderhati yang ingin kami berikan kepada Pergerakan Puteri Islam SMK TUN ISMAIL. Cenderahati ke?




Hanya sekeping kad sahaja yang kami berikan kepada
Pergerakan Puteri Islam kerana sudi memberi
peluang kepada persatuan kami untuk bekerjasama
dengan mereka. Diharapkan di masa akan datang kita
dapat bersatu seperti ini lagi. Insya-allah.
semoga dengan sekeping kad ini menjadi simbol
ukhwah di antara kita. Semoga ukhwah yang terjalin ini
diberkati oleh ALLAH. Amin....


MAAF andai ada kekurangan yang kami lakukan sepanjang aktiviti ini.




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx







Dah penat. Masa untuk isi perut tambah tenaga untuk sambung belajar pula.. :)






xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx








TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KEPADA :


- Tuan Pengetua, Tn.Hj.Tokijan bin Hj.Abd Halim
- Semua guru-guru SMK TUN ISMAIL
- Pihak SMK TUN ISMAIL
- Ketua masyarakat dan penduduk
- Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam SMK TUN ISMAIL
- Pihak penaja
- Pelajar-pelajar SMK TUN ISMAIL


Dan..........................
Semua pelajar yang terlibat menjayakan aktiviti ini dengan penuh jayanya.
Tanpa sokongan kalian semua,aktiviti ini tidak akan dapat diadakan.
Sekali lagi ucapan TERIMA KASIH kami ucapakan. :)




Dan harapan kami semoga kita semua diberkati oleh ALLAH. AMIN....
* Andai ada kekurangan daripada kami, kami minta maaf dan harap kalian memaafkan kami. Yang baik itu datang daripada ALLAH dan yang kurang elok datangnya daripada diri kami sendiri. Wasalam...... :)

Solat Hajat & Sesi Penerangan

Assalamualaikum..

Aktiviti Pembersihan Kawasan Perkuburan belakang Sekolah Agama bakal diadakan. Oleh itu, pada 14 Mei 2010,hari Jumaat, para pelajar yang menyertai diminta untuk melakukan solat hajat bersama-sama dengan guru. Kehadiran ketika itu kurang memusakan kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Selepas solat hajat, ajk-ajk tertinggi berkumpul dengan sebahagian peserta. Seperti biasa, pengerusi kami yang peramah telah menerangkan apa yang perlu dilakukan dan perlu dijauhi oleh peserta. Dari A sehingga Z pengerusi menerangkan tanpa jemu. Setelah semuanya selesai, kami pun beredar masuk ke kelas masing-masing dan menunggukan hari esok. Semoga esok tiada apa-apa yang berlaku semasa aktiviti berlangsung. Mudah-mudahan. Insya-allah. Amin.... :)

Pertemuan Dengan Ketua Kampung Untuk Pengesahan

Assalamualaikum..

Hari Isnin, 10Mei 2010 berkunjung tiba. Kami ( Helmy, Taufiq, Afiefa dan Aminin ) bersama dengan guru penasihat,Ustazah Zaharah pergi ke rumah Ketua Masyarakat untuk mendapatkan kata putus dari beliau. Sesampai nya di rumah beliau,beliau mengatakan bahawasanya kami dibenarkan membersihkan kawasan perkuburan belakang Sekolah Agama Parit Raja. Gembira kami bukan kepalang ketika itu. Hanya ucapan syukur Alhamdulillah mengiringi kami. Selepas itu, pelbagai persoalan kami ajukan kepada beliau. Setelah berpuas hati, kami kembali semula ke sekolah untuk menguruskan apa yang perlu untuk aktiviti ini. :)

Selasa, 1 Jun 2010

Pertemuan Dengan Ketua Masyarakat 1

Assalamualaikum..

Kali ini,selepas semua kertas kerja siap dan telah diterima serta ditandatangani oleh Pengetua, kami ( Helmy, Taufiq, Afiefa dan Aminin) bersama-sama dengan ustazah telah pergi ke rumah Ketua Masyarakat, . Setelah bertemu ketua masyarakat,kami meminta izin dahulu untuk membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan belakang Sekolah Agama Parit Raja. Setelah menilai semua kertas kerja kami, ketua masyarakat meminta kami memberikan masa kepada beliau untuk membawa perkara ini ke mesyuarat mereka dan meminta pandangan daripada ajk-ajk yang lain. Kami setuju. Kami akan datang semula bertemu dengan beliau pada hari isnin,
10Mei 2010 . :)

Berkumandangnya Alunan Zikir

Assalamualaikum..


Pada pagi 6 April 2010,hari Khamis,dengan penuh kesyaduannya kami mendengar alunan zikir. Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga kepada pengawas yang mengendalikan bilik siaraya. Apa yang kalian lakukan semoga diberkati oleh Allah. Amin......

Penyerahan CD Zikir

Assalamualaikum..

Mesyuarat,,mesyuarat juga. Aktiviti kami tidak lupakan. Semasa kami mesyuarat, kami menyerahkan CD Zikir kepada pengawas yang mengendalikan bilik siaraya,Shafik dan juga Hafiz yang juga merupakan ajk Persatuan Agama Islam. Kami meminta mereka menguji dahulu dan mendengar nya untuk memastikan CD dalam keadaan baik. Kami juga meminta mereka mengalunkan zikir-zikir ini ketika perhimpunan dan hari-hari persekolahan. Ucapan TERIMA KASIH kami ucapkan kepada mereka kerana kerjasama yang telah diberikan kepada kami.
* 4 April 2010 *

Khamis, 27 Mei 2010

Persiapan Untuk Aktiviti Pembersihan Kawasan Perkuburan 1

Assalamualaikum..


15 April 2010,Helmy dan Afiefa telah bertemu dengan Ustazah Zaharah untuk memberikan kertas kerja dan menilaikannya. Setelah berpuas hati mereka bersama dengan Ustazah pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk pengesahan daripadanya. Setelah menilai kertas kerja kami,Tuan Pengetua mengsyorkan kepada kami supaya melakukan aktiviti ini pada
15 Mei 2010. Dengan beberapa sebab yang pengetua berikan akhirnya Ustazah menerima tarikh tersebut. Dengan itu, segala perancangan kami aturkan semula termasuklah tarikh baru iaitu 15 MEI 2010,SABTU. Secara pandangan positifnya,kami dapat membuat persiapan dengan lebih teliti dan teratur. Oleh itu, aktiviti membersihkan kubur ini akan dilaksanakan pada 15 Mei 2010,hari Sabtu. :)

Pergabungan Dengan PPI STI

Assalamualaikum..

Kami mengambil keputusan untuk berganding bahu bersama-sama dengan Pergerakan Puteri Islam dalam melakukan aktiviti Khidmat Masyarakat untuk Membersih kan Kawasan Perkuburan Sekolah Agama Parit Raja. Oleh itu,satu organisasi telah ditubuhkan bagi aktiviti ini.
Di sini kami sertakan senarai ajk :

PENAUNG : TN. HJ. TOKIJAN BIN HJ. ABD HALIM

PENASIHAT 1 : PN. HJH. ZAHARAH BINTI HAMZAH

PENASIHAT 2 : PN. NORMAZIAH BINTI BONNIJAN

PENGERUSI : MUHAMAD HELMY BIN SABTU

NAIB PENGERUSI : AFIEFA BINTI SAIFUL FAZAD

SETIAUSAHA : AMININ SADIDA BINTI ANWAR

NAIB SETIAUSAHA : SHARFINA MUTIA SYARIFAH BINTI WALUYO ADI SISWANTO

BENDAHARI : SITI HASLINA BINTI ESMON

NAIB BENDAHARI : NUR SYAHIRAH

GURU PEMBIMBING :
1) PN. HJH. ZAHARAH BINTI HAMZAH
2) PN. NORMAZIAH BINTI BONNIJAN
3) PN. RAMNAH BINTI MOHAMAD
4) PN. UMMI HANI
5) CIK MARINA
6) CIK SULASTRI

AJK MAKANAN :
1) NUR AMIRAH BINTI SABTU
2) ADIELA BINTI SAIFUL FAZAD

AJK PERALATAN :
1) MOHD NOR HAFIZ (K)
2) MOHAMMAD TAUFIQ BIN RIDZAUAN
3) SITI MAISARAH BINTI RAHIM

AJK KEBERSIHAN :
1) SITI ZUNAIDAH BINTI BASIRON (K)
2) NUR HIDAYAH BINTI MISLAN
3) AMINUR AISYAH BINTI ZAIMAN

AJK CENERAMATA
& SIJIL :
1) SITI MAISARAH BINTI ZULKIFLI
2) NUR ANISA

Hari yang telah kami putuskan ialah hari Ahad,2 Mei 2010.


Selain itu,tentatif program juga telah diaturkan.

8.30 - 8.30 pagi : PENDAFTARAN

8.45 - 9.15 pagi : SESI TAKLIMAT
PEMBAHAGIAN TUGAS

9.15 - 11.45 pagi : KERJA PEMBERSIHAN DIJALANKAN

11.45 - 12.00 TGHARI : JAMUAN
BERSURAI


Semua ini hanya perancangan kami. Segala rombakan akan berlaku. Sekian.

Berniaga

Assalamualaikum..

16 April 2010 adalah hari bagi Pertandingan Tilawah Peringkat Daerah. Kami tidak terlibat. Oleh itu,ajk kami,Nur Ezzati Nabihah,telah mengambil keputusan untuk berniaga beberapa jenis barang atas kebenaran guru penasihat dan juga pengerusi. Perniagaan dimulakan pada 10.15 pagi sehingga 2.15 petang. Pelbagai perkara yang berlaku. Adat berniaga,,lebih raami yang berkunjung dan melihat saahja daripada membeli. hehe =)

Pertandingan

Assalamualaikum...

Dup..Dap..Dup..Dap..Debaran yang kami nanti-nantikan telah tiba. Apa tidaknya. Inilah aktiviti besar yang kami laksanakan bersama-sama.
Tarikh keramat tersebut 3 April 2010. Pendaftaran telah dibuka lebih kurang pukul 8.00 pagi. Dalam 8.30 pagi,para peserta telah dibawa oleh ajk-ajk bertugas ke tempat Perujian. Ajk bertugas di bahagian pendaftaran menunggu di Anjung Karyawan bagi menunggu peserta yang belum hadir atas arahan pengerusi. Jam 8.45 pagi,Perujian pun bermula. Majlis Perujian telah tamat pada pukul 11 pagi. Selepas ucapan penutupan oleh pengacara,majlis ditutup dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr. Alhamdulillah,segala-galanya berjalan lancar. Keputusan akan diumumkan oleh ustazah yang terlibat.




Sedikit gambar kenangan yang sempat diambil :


Ezzati dan Ras.
Mereka jaga perujian tulisan khat.
Mereka ni pun masuk pertandingan.
Semoga berjaya. :)










Ini masa para perujian tulisan khat tengah berlangsung.
Bersungguh-sungguh mereka ini kan? :)













Hawa, Najihatul, Shafik dan Badrul.
Mereka ni jaga syarahan. :)















Dayah, Haslina dan Amirah.
Nak tahu mereka jaga apa?
Mereka jaga perujian berzanzi. :)

Mengemaskan Tempat Pertandingan

Assalamualaikum...

Hari pertandingan semakin hampir. Rasa takut berkunjung tiba. Mampukah kami mengawal keadaan? Tapi tidak mengapa. Yang penting kami akan cuba buat yang terbaik. Hari Jumaat,2 April 2010, kami ajk-ajk bekerjasama mengemaskan dan menyusun kedudukan meja untuk peserta,para juri,para penjaga masa,pencatat markah serta tempat menunggu. Bagi kelas 5Arif(Perujian Berzanzi), 5Bestari(Perujian Tilawah Al-Quran),
4Arif(Perujian Syarahan) dan 4Bestari(Perujian Tulisan Khat). Bagi Pertandingan Hafazan tidak dilaksanakan pada hari Sabtu,3 April 2010 kerana memberi masa kepada peserta menghafal. Di setiap kelas di papan hijau,kami menulis tempat perujian seperti mana yang telah ditetapakn. Selepas selesai,Ustazah Zaharah membelanja kami. hehe.. Hari ini juga adalah hari terakhir kami menerangkan segala-galanya mengenai pertandingan kepada peserta sesi petang.
Setiausaha telah menerangkan kepada ajk sesi petang (Siti Najihatul Wahidah) tentang apa aktiviti yang kami telah laksanakan dan bakal dilaksanakan. Kami berharap dia datang dalam pertandingan tersebut untuk menjalankan tugas yang telah diberikan.
Selesai sahaja kami semua pun pulang.

Penerangan & Pendaftaran bagi Sesi Petang

Assalamualaikum..

Pada 13 Mei,1 & 2 April 2010,penerangan serta pendaftaran dibuka kepada pelajar sesi petang. Penyertaan amat menggalakkan. Diluar jangkaan kami. Peserta-peserta juga kelihatan amat bersemangat. Ini yang menambahkan lagi semangat kami untuk bekerja dengan lebih keras. Mereka juga sangat berani dan tidak segan untuk bertanya. Mereka tidak kisah apabila kami meminta bayaran untuk pendaftaran. Selain itu,kami juga memastikan mereka faham apa yang kami ingin sampaikan kepada mereka. Kami sangat berbangga dan memuji sifat yang ada pada peserta sesi petang dan juga sesi pagi. Anda semua adalah yang terbaik bagi kami.

Membersihkan Surau Perempuan

Assalamualaikum..

Kali ini,kami mengemas dan membersihkan surau perempuan pula. Setelah semua telah berkumpul,kami mulakan aktiviti kami dengan mengemas bahagian dalam surau. Selepas itu,kami mula membersihkan tempat berwuduk. Apa yang kami lakukan? Biarla rahsia. Yang penting kami berpuas hati dan seronok melakukan aktiviti ini. Setelah selesai,segala peralatan kami simpan. Dan kami pun bersurai.

Gotong-royong (Maulud Nabi)

Assalamualaikum..

Pada 12 Mac 2010,SMK TUN ISMAIL, telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul.
Kami telah menolong guru-guru STI untuk gotong-royong. Kami mulakan gotong-royong selepas majlis tamat. Kami membasuh segala peralatan yang digunakan dan menyusunnya.
Agak sukar kerja kami kerana kekurangan air. Apa-apa pun kerja bertambah senang apabila ramai yang melakukannya. Lebih kurang pukul 1.00 kami mula bersurai.

Rehat Sebentar.....

Pada suatu hari seorang warga emas telah ke kedai gambar.tujuannya untuk mengambil gambar kenang-kenangan bagi tatapan anak cucunya dimasa hadapan. setelah duduk ditempat yang disediakan jurugambar tersebut meminta pakcik tersebut senyum.

senyum,pakcik senyum, (pakcik tersebut masih tidak senyum)

senyum pakcik,senyum la... (masih tidak senyum)

saya kira sampai tiga,pakcik senyum ya..

jurugambar tersebut kira sampai tiga tapi pakcik tersebut masih tak senyum.

jurugambar tu dapat idea......awwww cak.......

pakcik tu bukan saja senyum tetapi terus ketawa...hahahaha............ =)

Mengedarkan Tajuk Pertandingan

Assalamualaikum..

Seperti mana yang di musyawarahkan,,pengerusi meminta kepada ajk yang telah diberikan tugas untuk mengedarkan tajuk-tajuk bagi pertandingan Tilawah Peringkat Sekolah untuk berkumpul di Anjung Karyawan. Seawal 7.30 pagi kami telah berkumpul. Terima kasih kepada Hafiz kerana telah sudi untuk memphotostatkan tajuk-tajuk tersebut. Tajuk-tajuk tersebut telah diagih-agihkan kepada ajk-ajk tersebut. Sebelum kami memulakan tugas,,pengerusi kami yang tak pernah lekang dek senyuman telah memberi sedikit penerangan apa yang seharusnya kami lakukan semasa pergi ke kelas-kelas. Kami pun mulakan kerja kami. Kami masuk ke kelas,jika ada guru kami meminta izin,memberikan kertas yang mengandungi tajuk-tajuknya dan meminta mereka menampalkannya di papan kenyataan kelas mereka.Jika ada sesiapa yang berminat,kami minta mereka membuat pendaftaran.(tulis nama,tingkatan,no. i/c dan pertandingan apa yang mereka mahu sertai). Macam-macam ragam yang kami temui. Ada juga yang bertanya,,"pertandingan azan tak ada ke? Saya ada bakat ni. Nak dengar tak saya azan?" Tu sebahagian daripadanya. Tapi tidak mengapa. Itulah yang akan mengisi memori indah kami di sekolah sebagai ajk. =) Setelah semuanya selesai,nama-nama tersebut diserahkan kepada setiusaha persataun. Apa-apa pun kami tetap seronok. Terima kasih atas kerjasaam yang kalian berikan kepada kami. Kepada cikgu-cikgu terima kasih dan minta maaf kerana mengganggu P&P seketika. =)
*11 Mac 2010*

Selasa, 25 Mei 2010

Tazkirah

Assalamualaikum..

Selepas aktiviti mengedarkan risalah,kami meneruskan aktiviti yang berkaitan risalah kami iaitu membaca risalah di perhimpunan ko-ko pada hari Rabu. Kami mengisi slot persemabahan pelajar yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Kami mulakan tazkirah dengan basmalah yang disampaikan oleh Badrul. Selepas itu,Badrul telah membaca tazkirah iaitu KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN. Tajuk 15 SEKSAAN DI DUNIA JIKA MENINGGALKAN SOLAT telah dibacakan oleh Taufiq. Semasa tazkirah ini ada sebahagian pelajar yang acuh tidak acuh dan badrul telah menengur dan mengatakan bahawa jika S.A.W di sebutkan kita harus membalas selawat tersebut. Aktiviti ini dilaksanakan pada 3 Mac 2010. Pengerusi kami,Helmy memastikan Badrul dan Taufiq membaca tazkirah mengikut apa yang telah disusun. Selepas ini, kami akan melanjutkan aktiviti ini kepada sesi petang pula. Kami berharap akan berjaya. Insya-allah. Yang baik itu datang daripada Allah dan kesalahan yang ada datang daripada kami semua.

Mengedarkan Risalah

Assalamualaikum..

Pada 26 Februari 2010,kami mengedarkan risalah kami yang pertama iaitu KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN dan 15 SEKSAAN DI DUNIA JIKA MENINGGALKAN SOLAT. Aminin bersama Shima mengedarkan risalah ini dari kelas ke kelas. Kami mula dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 7.50pagi. Macam-macam ragam yang kami perolehi sepanjang aktiviti ini. Lagi pun semasa mengedarkan risalah inisekolah sedang dalam mood peperiksaan.. Ada sesetangah kelas yang endah tak endah dengan kehadiran kami.. Ada juga yang memberi respon yang baik. Apa-apa pun diucapakn terima kasih kepada semua pelajar dan cikgu kerana menerima kehadiran kami dan menerima risalah kami. Semoga hidup kalian dimuliakan olah ALLAH. Amin..

Risalah kami :

KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

Solat atau sembahyang merupakan rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam. Solat juga merupakan tiang agama dan satu ibadat wajib ke atas setiap umat Islam yang akil baligh. Dalam al Quran terdapat lebih 25 tempat ayat ‘AQAMA’ yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan ‘AS-SOLAH’ atau sembahyang diulang dan disebut dalam al Quran, antaranya firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“… maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”
(surah An-Nisaa’: 103)

Semua umat Islam hendaklah memerhati, memahami dan menghalusi perintah solat ini. Oleh sebab itu, Baginda Nabi s.a.w telah berpesan kepada umat Islam sejak 1430 tahun lalu supaya ibu bapa mengajar dan menyuruh anak-anak tentang ibadah sembahyang sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika enggan sembahyang ketika berumur 10 tahun.

Antara kepentingan dan pengaruh sembahyang kepada orang-orang Islam ialah:

Sembahyang Untuk Menyembah dan Mengingati Allah S.W.T.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Dan dirikanlah sembahyang itu semata-mata untuk mengingati Daku”.
(surah Thaha : 14)

Sembahyang adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah s.w.t. Berdasarkan maksud ayat ini sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala. Sekali gus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah s.w.t. atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan Allah kepada kita seperti firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan kepadamu nikmat yang melimpah ruah. Kerana itu, dirikanlah sembahyang dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu”.

Hikmah Sembahyang Dalam Menghapuskan Dosa


Terdapat sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya
adalah penebus dosa antara jarak waku sembahyang-sembahyang itu, selama
dijauhinya dosa-dosa besar”.
( Hadis Riwayat Muslim)

Sembahyang Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar

Terdapat Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“… dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”.
(surah Al-Ankabut : 45)

Inilah kesan baik kepada orang yang benar-benar taat mendirikan sembahyang, Ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala, bahawa sembahyang itu dapat mencegah daripada perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran.

Sembahyang Memantap Jiwa dan Sifat Tawaddu’

Kesan kebaikan sembahyang seterusnya dapat dilihat dan dirasakan dalam hati, jiwa dan dalam diri seseorang yang mendirikan sembahyang dengan ikhlas kerana Allah semata-mata, dari segi membentuk peribadi yang berdisiplin, tegas, tetap hati, berprinsip, bersifat tawaddu’ dan sifat tadarru’. Dengan kata lain, sembahyang akan membentuk sifat dan akhlak mulia dalam diri orang-orang yang bersembahyang. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w.yang bermaksud:

“Bahawasanya sembahyang itu adalah penetapan hati (tegas dan berprinsip), (menyuburkan) sifat tawaddu’ serta tadarru’ (dalam hati dan diri seseorang)…”

Sembahyang Menjana Kejayaan dan Kebahagiaan

Berkat hidup dan berbahagia kehidupan, aman damai dan tenang dan jiwa dipenuhi rasa yakin berjaya dan maju. Tiada keluh kesah, bimbang, runsing, takut dan gundah dalam diri. Inilah kesan daripada ibadah sembahyang. Ia hanya akan dirasakan oleh orang-orang yang taat, khusuk dan ikhlas mengerjakan sembahyang sepanjang hayatnya. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya berbahagia dan berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya”.
( surah Al-Mukminun : 1-2 )

Perlu diingatkan bahawa solat adalah ibadat yang diterima oleh Baginda Nabi s.a.w. secara langsung daripada Allah s.w.t. ketika Nabi s.a.w. menghadap Allah s.w.t. di Sidratul Muntaha dalam peristiwa besar Isra’ Mikraj Nabi s.a.w. Berbeza dengan ibadah lain seperti ibadah puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu. Ini tentu satu kenyataan bahawa ibadah sembahyang itu terlalu istimewa di sisi Allah s.w.t.



15 Seksaan Di Dunia Jika Meninggalkan Solat


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata.” Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab.”

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga lagi ketika hamper ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika bertemu Allah pada hari kiamat.

Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?”
Jawab Baginda:

Hilang berkat umurnya
Hilang keberkatan rezekinya
Dihilangkan Allah tanda soleh pada mukanya
Tidak diakui masuk golongan Islam
Segala amal baiknya tidak diberi ganjaran
Doanya ditolak Allah

Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya : “ Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya.”

Kemudian bertanya lagi sahabat : “Ya Rasulullah s.a.w. apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?”

Jawab baginda:

Matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.
Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.
Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah s.a.w. apa pula seksaan di dalam kuburnya?”
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Disempitkan Allah kuburnya, degelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan oleh Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti.”

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, Allah akan hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Syuja’ul-akra’, yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia berkata kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: “Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab engkau meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh.”

Lalu Syuja’ul-akra’ terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu akan terbenam ke dalam bumi beberapa hasta. Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.

Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah s.a.w. bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat di depan Allah?”
Jawab baginda: “Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.”

“Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan solat yang difardhukan. Kemudian orang itu ditarik dan dilemparkan ke dalam neraka Saqar.”

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.
Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.

Firman Allah bermaksud;
“Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jauh ke dalam satu telaga api neraka.”


* Diharapkan kepada semua pelajar Islam,diharapkan ambil iktibar daripada risalah ini.

Terima kasih.

Isnin, 3 Mei 2010

Membersihkan Surau kali ke-2

Assalamualaikum..

20 Februari 2010,hari Sabtu pukul 9.00pagi sekali lagi kami membersihkan surau lelaki setelah pembersihan surau kali pertama. Kami membasuh surau dalam sehingga ke kaki lima. Kali ini hanya pelajar perempuan. Kami membasuh semula kerana merasakan bahawa surau tersebut masih kotor lagi. Kami membasuh dengan agak payah kerana kesusahan untuk membawa bekalan air ke dalam surau. Tapi kami tidak berputus asa. Kami tetap teruskan. Selepas itu,kami pastikan surau bersih dan tidak kotor lagi. Selepas kami rasakan bahawa surau telah bersih dan telah kering kami pun bersurai. Apa-apa pun kami berpuas hati dengan hasil kami. Semoga ramai lagi yang ingin menyertai kami membersihkan surau tidak kira surau lelaki mahupun surau perempuan. Kami sangat-sangat berharap terutama kepada semua ahli Persatuan Agama Islam lelaki dan perempuan.

Disini kami sertakan beberapa gambar :

















-semua tengah bertungkus-lumus
membersihkan surau.













- keadaan semasa membersihkan surau.




- hampir-hampir selesai.

Membuat Garisan Saf Surau Perempuan & Membersihkan Surau Lelaki

Assalamualaikum..

Seperti mana yang dirancang pada hari Jumaat yang lepas,,kami berkumpul di surau Perempuan untuk meneruskan aktiviti yang tergendala. Sementara kami menunggu Ustazah Zaharah,kami membersihkan surau. Setelah Ustazah sampai,kami memulakan mengukur dan membuat garisan saf dengan teliti. Kami kehabisan tape. Dengan jasa baik Ustazah membelikan membelikan kami tape. Selesai membuat garisan saf,kami bersarapan dahulu. Selepas itu,kami pergi ke surau Lelaki untuk meneruskan aktiviti kami. Dengan pantauan Cikgu Atan kami membasuh surau. Kami mula dengan membasuh keseluruhan dalaman surau sehingga kaki lima. Ada sebahagian kami yang mengelap tingkap. Lebih kurang pukul 1.00petang kerja kami selesai dan kami pun bersurai.

p/s:kepada ahli yang yang berminat untuk membersihkan surau boleh datang pada hari yang akan kami tetapkan.



Yang Hadir :
1) MUHAMAD HELMY BIN SABTU
2) MOHAMMAD TAUFIQ BIN RIDZAUAN
3) AMININ SADIDA BINTI ANWAR
4) RAS ADEENA BINTI SAPPAR
5) SITI HASLINA BINTI ESMON
6) NURHIDAYAH BINTI MISLAN
7) NAJWA BINTI MISRI
8) MUHAMMAD SHAFIK BIN NORMAN
9) MOHAMAD NOR HAFIZ B RAZALI
10) AHMAD BADRUL AMIR BIN MUHD ATAN
11) SITI HAWA BINTI ABD RASID
12) MUHAMMAD JAZLIE

Membuat Garisan Saf

Assalamualaikum..

Pada 12 Februari 2010,Jumaat pukul 5.30-6.45petang bertempat di surau Perempuan kami berkumpul. Kami akan mengukur garisan saf di surau perempuan. Tapi kami ada sedikit masalah iaitu kami tidak tahu cara untuk mengukur garisan saf kerana ada bekas garisan yang lama. Alhamdulillah dengan bantuan Cikgu Hajah Noraini kami dapat selesaikannya. Dengan hati-hati kami mengukur dan membuat saf. Tapi masa amat mencemburui kami. Waktu ketika itu sudah pukul 6.30petang. Kami mengambil keputusan untuk bersurai dan menyambung kerja ini pada hari Selasa,16 Februari 2010.

Khamis, 8 April 2010

Adab Menuntut Ilmu

Jaga Adab, Bertambah Berkat
www.iluvislam.com
Ustaz Zaharuddin*
Editor:lailatulema


Semasa saya sedang memberikan kuliah pertama dalam kelas Fiqh Muamalat bagi pelajar tahun 3 di European Institute of Human Science. (www.eihs.org.uk) Tiba-tiba seorang pelajar dari Russia mengangkat tangan lalu bercakap dalam bahasa arab yang masih boleh saya fahami walaupun bunyinya agak sedikit kelam kabut.

"Ustaz, kami sebenarnya suka kuliah ini tetapi kami harap ustaz tidak mengambil hak kami, biasanya pensyarah memberikan kami 10 minit rehat dan tamat 10 minit lebih awal".Panas juga saya mendengarnya, namun disebabkan ini kelas pertama dan saya juga tidak maklum kebiasaan pengajaran di sini, saya hentikan kelas untuk 10 minit sebagaimana diminta dan menyambung kembali sejurus selepas itu.

Kelas ini dijadualkan pada hari Isnin bermula jam 11 pagi sehingga jam 1 petang. 2 jam kelas sememangnya berat kecuali bagi mereka yang benar-benar ghairah dengan ilmu.Saya teringat kelas Sarjana (MA) Fiqh ketika di Jordan yang berlangsung 3 jam tanpa henti. Namun demikian, inilah suasana kelas yang amat saya rindui sekarang, malah amat luar biasa apabila saya tidak dijengah perasaan mengantuk sama sekali walau 3 jam, berbeza sekali dengan kelas-kelas di ketika saya di peringkat Sarjana Muda (BA), mengantuk kerap menjengah.

Memang banyak alasan mempertahankan mengantuk itu, namun ia bukanlah sesuatu yang baik di hadapan guru.

Kelas kedua bermula.

Sebelum ia bermula, pihak pentadbir institut memaklumkan kepada para pensyarah agar memperlahankan sedikit penerangan kerana tahap kecekapan bahasa arab pelajar adalah berbeza-beza di antara satu dengan yang lain. Kami juga diberitahu agar jangan tergesa-gesa kerana mengejar silibus tetapi boleh berhenti di mana sahaja asalkan pelajar dapat faham.Ada bagusnya juga, fikir saya.Teringat saya di UIAM yang agak terkejar-kejar untuk menamatkan silibus yang disediakan. Topik-topik pula kebanyakannya bukan ringan untuk pelajar.

HAK ANDA ATAU SAYA?

Sedang khusyuk saya menjawab soalan pelajar dan menerangkan perihal pecahan aqad di dalam Fiqh Muamalat, tiba-tiba .

"Ustaz, maaf , hak kami adalah untuk berehat 10 minit" tegas pelajar yang sama dahulu.

Kali ini saya cukup terasa.

Saya merasakan biadapnya pelajar ini.

"Anda salah" kata saya

"Tiada hak anda untuk berehat 10 minit, jangan sesekali mendakwa ia HAK anda. Ia adalah hak saya sama ada untuk berikannya atau tidak"

"Malah ingin saya ingatkan, anda semua dengan adab menuntut ilmu, jika anda berfikir kelas ini adalah sebagai satu perniagaan, anda pelanggan kerana membayar yuran dan saya tukang jual, anda tersilap, mungkin anda boleh berfikiran sedemikian jika ini bukan pengajian Islam, namun dalam pengajian Islam unsur barakah sewaktu pengajian amat penting"

"Anda semua ini, merupakan bakal-bakal imam, qadhi dan mufti di negara anda, tiba-tiba sibuk dengan 10 minit rehat, mengabaikan adab majlis ilmu, adakah anda rasa anda boleh berjaya dengan sikap begini" Celoteh saya dengan separuh marah.

Saya marah dengan sikap bakal-bakal pendakwah ini, datang ke Institut untuk mempelajari ilmu Islam, namun dibawa sikap dan adab tidak Islam. Tidak hormati guru dan majlis ilmu.Seorang pensyarah dan pakar hadis di Universiti Al-Yarmouk dahulu sangat sensitif dengan adab dalam majlis ilmu, sehingga jika terdapat pelajar yang menyilangkan kaki sewaktu duduk (di dalam kelas) akan dimarahinya, paling tidak akan disindirnya secara tajam.

Ada pula guru yang membalingkan pen kepada pelajar yang tidur dan macam-macam lagi.

Malangnya, guru yang ingin mendidik ini berhadapan dengan karenah pelajar yang kurang adab.

Terhakis sungguh adab menuntut ilmu, tiada lagi penghormatan kepada guru, saya sering teringat bagaimana para pensyarah Islam di pelbagai institusi pengajian dicemuh dan dikutuk oleh pelajarnya tanpa sebab yang haq.

Cara berinteraksi dengan guru juga semakin jauh dari adab murid dan penuntut ilmu.

Sebaliknya pensyarah yang memberikan soalan bocor, bermudah-mudah, selalu memberi waktu rehat, mungkin dianggap hero dan favourite. Tidak ketinggalan sebahagian rakan-rakan sepengajian saya ketika di Jordan yang suka mengutuk pensyarah di luar kelas. Malah ada yang dituduhnya sebagai zalim hanya kerana tidak memberikan soalan-soalan jangkaan.

Padahal yang memberikan soalan bocor itulah yang zalim dan mengkhianati amanah.

Allah swt pernah menggambarkan bagaimana adab penuntut ilmu di hadapan gurunya :-



قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِى فَلاَ تَسْأَلْنى عَن شَىءٍ حَتَّى أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْراً

Ertinya : Berkata Khidr (selaku guru), jika kamu ingin ikutiku maka jangan kamu bertanya apa-apa sehinggalah aku menceritakannya kepadamu " ( Al-Kahfi, 70)



Imam az-Zamakhshari berkata ertinya : Inilah sebahagian dari adab penuntut ilmu bersama gurunya, pengikut dengan yang diikutinya" ( Al-Kasyyaf, 2/686). Namun ini tidaklah bermakna, anda tidak boleh bertanya apa jua semasa guru mengajar, apa yang perlu adalah ‘minta izin' dan menunggu guru menamatkan percakapannya.

Adab-adab penuntut ini sangat ditekankan oleh ulama silam sehingga Imam Al-Ghazzali menyebut ertinya : Apapun yang diterangkan oleh guru semasa pengajian maka hendaklah (penuntut) mengikutinya dan meninggalkan pandangan peribadinya, kerana kesilapan sang guru lebih bermanfaat dari apa yang mungkin benarnya apa yang datang dari dirinya (penuntut)" ( Ihya 'Ulumiddin, 1/50)

Tidak dinafikan kita boleh berhujjah, berdiskusi dan mengkritik pendapat Imam Al-Ghazzali di atas, namun sefaham saya ia dibuat dalam konteks penekanan keperluan menghormati guru, meyakini ilmunya dan adab-adab penuntut ilmu di hadapan guru.

Sebagai murid atau penuntut, jika anda tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat guru, anda boleh berbincang dengan guru secara tertutup, mengemukakan hujjah anda dalam bentuk yang beradab dan tenang serta menjaga air muka serta menghormati tarjihan sang guru.

Ramai saya temui, penuntut yang menampilkan hujah seolah-olah si guru tersebut tidak tahu. Ramai penuntut yang baru khatam dua tiga buah kitab, merasakan diri lebih bijak dari gurunya. Jika ada yang mengatakan, "memang hakikatnya murid itu lebih bijak dari gurunya" atau "murid tidak yakin guru itu lebih tahu dari dirinya",

Nescaya ketika itu, murid itulah yang KURANG BIJAK, salah dan kurang berilmu, iaitu kerana dia perlu memilih guru, lalu kenapakah memilih guru yang diyakini kurang ilmu berbanding dirinya ?. Malah sebenarnya, individu yang merasakan dirinya berilmu adalah tanda dia belum cukup berilmu. Ya, sepatutnya, walau siapapun guru, walau terbukti sang guru 'kurang ilmu', namun anak murid yang pandai tetap akan beroleh manfaat dan ilmu baru dari guru tersebut, banyak cara dan bentuknya.

Imam Malik Bin Anas dan Muhammad Ibn Sirin berkata 'Ilmu itu agama, maka telitilah dari siapa kamu ambil ilmu agamamu" (Tibyan fi adab hamla al-quran, 1/25)

Lihatlah contoh anak murid Imam Syafie Rabi yang berkata, 'Berkata Rabi', murid dan rakan SYafie, aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Syafie sedang memandang ke arahku, merasakan kehebatannya" (Tibyan fi adab hamla al-quran, 1/25)

Malah penuntut ilmu Islam di zaman silam amat menghargai gurunya sehingga mereka sering berdoa :-



اللهم استر عيب معلمي عني ولا تذهب بركة علمه مني



Ertinya : "Ya Allah, tutuplah aib guruku dari penglihatanku dan janganlah hilangkan berkat ilmunya dariku"



Perlu saya tegaskan, para ustaz termasuk saya adalah manusia biasa, tidak maksum dan jika ada yang biadap, tidak ramai ustaz yang masih ingin melayani soalan dan hujahnya.Terdapat juga yang amat cetek ilmunya, tetapi bila membantah seolah terlalu bijak, sedangkan dari soalan yang diutarakan, kita sudah boleh menjangka sejauh mana ilmunya, kerana soalan itu sebahagian dari ilmu.

KESIMPULAN

Berusahalah mencari guru yang dipercayai, doakan agar tidak terlihat aibnya, dan jangan mencari kelemahannya, ambil kebaikannya, diskusi dengannya dengan adab dan masuki majlisnya dengan hormat agar berkat ilmu mampu sampai dan memberikanmanfaat di dunia dan akhirat.

Ingatlah, berkat itu amat perlu dalam pengajian ilmu Islam, dengan wujud keberkatan, kefahaman mudah diperoleh, ingatan lambat luput, amalan menjadi mudah, hati menjadi tenang.

Tanpa adab, berkat hilang dan susut, kefahaman tidak menjelang tiba, lupa adalah sindrom biasa dan fikiran sentiasa merasa serabut, hati gersang dan kering.

*Ustaz aktif menulis di blog beliau, klik sini untuk ke pautan blog ustaz dan artikel yang penuh.

Jumaat, 26 Mac 2010

Musyawarah Tertutup ke-2

Assalamualaikum..

Rabu-10 Februari 2010-,pukul 2.45petang sehingga 3.30petang:
Sepatutnya musyawarah pada hari ini ustazah ada untuk membincangkan serba sedikit tentang aktiviti yang kami bakal anjurkan. Tetapi atas-atas sebab tertentu musyawarah menjadi musyawarah tertutup. Setelah mana sebahagian ajk tertinggi telah hadir,kami mula berbincang tentang usrah,membersihkan surau,pertandingan yang akan diadakan pada suatu tarikh yang akan ditentukan serta lawatan. Kami perbincangan mengenai usrah. Selepas itu, aktiviti mengemaskan surau. Apa yang perlu kami buat untuk membersihkan&mencantikan surau. Kamu juga membincangkan tentang pertandingan anjuran Persatuan Agama Islam iaitu

1)TILAWAH AL-QURAN
2)HAFAZAN
3)BERZANZI
4)TULISAN KHAT
5)SYARAHAN

Kami juga telah menetapkan siapa yang akan menguruskan setiap pertandingan tersebut. Akhir sekali, kami membincangkan tentang lawatan.

Kami sepakat mengatakan:

USRAH:
1) Dilakukan pada hari rabu pukul 3petang sehingga 4petang
2) Pada minggu 1 & 3 disurau lelaki

KEMAS SURAU LELAKI:
1) Hari Jumaat pukul 5petang sehingga 6petang.

PERTANDINGAN:
1) Tilawah Al-Quran
- MOHAMMAD TAUFIQ BIN RIDZUAN
- NUR EZZATI NABIHAH BINTI SARKAM
- MOHAMAD NOR HAFIZ BIN RAZALI

2) Hafazan
- MUHAMAD HELMY BIN SABTU
- SITI HASLINA BINTI ESMON

3) Berzanzi
- NURHIDAYAH BINTI MISLAN
- RAS ADEENA BINTI SAPPAR

4) Tulisan Khat
- MUHAMMAD SHAFIK BIN NORMAN
- NOOR AMIRAH BINTI ILIYAS AHMAD

5) Syarahan
- AHMAD BADRUL AMIR BIN MUHD ATAN
- SITI HAWA BINTI ABD RASID

6) Pendaftaran
- AMININ SADIDA BINTI ANWAR
- NAJWA BINTI MISRI

LAWATAN:
Lawatan ke rumah orang tua di Batu Pahat dalam bulan 3.



Yang hadir:
1) MUHAMAD HELMY BIN SABTU
2) MOHAMMAD TAUFIQ BIN RIDZUAN
3) AMININ SADIDA BINTI ANWAR
4) RAS ADEENA BINTI SAPPAR
5) NURHIDAYAH BINTI MISLAN
6) NAJWA BINTI MISRI
7) NUR EZZATI NABIHAH BINTI SARKAM
8) AHMAD BADRUL AMIR BIN MUHD ATAN


P/s : Ini hanya perancangan kami. Segala pertukaran rancangan akan kami bagitau pada post
akan datang. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai mana-mana aktiviti kami,
anda boleh merujuk kepada nama-nama yang telah ditentukan. Lawatan juga hanya
perancangan. Jika jadi,kami akan bagitau di post akan datang dan juga di perhimpunan
rasmi (Isnin) mahupun perhimpunan ko-ko (Rabu). Jika berminat,boleh bagi nama anda
pada Nurhidayah binti Mislan.

Sekian,terima kasih.

Rabu, 24 Mac 2010

Pembersihan surau lelaki 1.

Assalamualaikum...



Pada hari Sabtu,30 Januari 2010,kami memulakan rancangan aktiviti kami iaitu membersihkan surau lelaki. Pada ketika itu,hanya ahli perempuan yang mengemas. Kami mula berkumpul pada pukul 9.00 pagi. Apabila semua berkumpul,kami mula mengemas. Kami mulakan mengemas dari 2 bilik stor yang ada di surau lelaki. Mula-mula kami menyapu seluruh surau,selepas itu stor pertama dan ke dua. Barang-barang yang ada di stor yang boleh digunakan kami lap dan kami susun untuk kegunaan akan datang. Yang tidak boleh kami buang sahaja. Percaya atau tidak,semasa mengemas kami terjumpa 2 ekor katak,seekor kucing bersama 4 ekor anak kucing yang chomel. Semua haiwan tersebut agak "menakutkan" kami. Nasib baik tidak ada pelajar lelaki. Kalau tidak,pasti kami malu. Setelah hampir 2 jam 30 minit mengemas,kerja kami pun siap. Stor yang pada awalnya seperti "sarang-sarang" haiwan telah bersih,sedap mata memandang dan tidak "menakutkan" kami lagi. Kami sangat seronok dan berpuas hati dengan apa yang kami lakukan. Pengalaman seperti ini sukar untuk sesiapa perolehi kecuali jika mereka menyertainya dan merasai sendiri. Memang seronok. Masa ini lah hubungan silaturahim antara ahli persatuan dapat dieratkan seperti sebuah keluarga. Kami pulang ke rumah pada pukul 12.00 tengahari.

Yang hadir :
1) AMININ SADIDA BINTI ANWAR
2) RAS ADEENA BINTI SAPPAR
3) SITI HASLINA BINTI ESMON
4) NAJWA BINTI MISRI
5) NUR EZZATI NABIHAH INTI SARKAM

P/s: Terima kasih kepada yang datng mengemaskan surau. Semoga anda dapat ganjaran yang
setimpal dengan apa yang anda lakukan..
Kepada ahli-ahli persatuan Agama Islam anda dikehendaki melakukan aktiviti-aktiviti
yang telah ditetapkan. Kedatangan anda akan diambil.

Jumaat, 12 Mac 2010

MANUSIA DAN SYAITAN =.=

Assalamualaikum...

Hari ini nak cerita sikit tentang sifat manusia..Cerita ini dapat daripada ibu bapa salah seorang ahli kami..Siapa?? Biarlah hanya kami yang tahu..Ok..ceritanya begini............

Ada seorang manusia ini ber"kawan" dengan Syaitan..Kisahnya "simple" saja..Kisah tentang Syaitan menghasut manusia ini supaya meninggalkan solat..Cerita ini bermula pada waktu pagi ketika azan Subuh berkumandang..Si manusia ini bagun hendak menunaikan solat Subuh..tetapi Syaitan tersebut menghasutnya..

Syaitan : Eh,kau nak pergi mana pagi2 ni?
Manusia : Aku nak pergi solat Subuh la..Kenapa?
Syaitan : Eh,tak payah la kau solat Subuh..Tidur kan lagi sedap..Nanti2 la kau solat tu..
Manusia : Betul juga cakap kau tu..Ok la..aku tidur dulu..nanti kan leh solat..

Dipendekkan cerita manusia tersebut tidur dan sekaligus meninggalkan solat Subuh..
Apabila azan Zohor berkumandang,manusia tersebut nak menunaikan solat Zohor..Sekali lagi Syaitan menghasutnya..

Syaitan : Kau nak pergi mana tu manusia?
Manusia : Aku nak pergi solat Zohor..
Syaitan : La,,tak kan sekarang..nanti je la..kan banyak lagi masa ni..nanti je..
Manusia : Betul juga kata kau..banyak lagi masa ni..nanti je la solat Zohor..

Dan manusia tersebut pun telah meninggalkan solat Zohor pada hari tersebut..
Manusia tersebut mendengar azan Asar berkumandang..Manusia tersebut sudah siap-siap untuk menunaikan solat Asar tanpa rasa bersalah kerana meninggalkan solat Subuh dan Zohor..
sekali lagi Syaitan menghasutnya untuk meninggalkan solat Asar dan dengan mudah manusia tersebut mengikut kata-kata Syaitan..

Syaitan : Kau nak pergi solat Asar ke?
Manusia : Ye la..Kenapa kau tanya?
Syaitan : Tak payah la..Baik kau main bola dengan kawan-kawan kau..Kan lagi seronok..lagi
pun nanti kau boleh solat apa.? Kesian kawan2 kau tunggu tu..
Manusia : Ye tak ye juga..Nanti la aku solat Asar..
Syaitan : Ni la kawan aku..(tersenyum bangga Syaitan)

Apabila sudah seronok bermain bola..Manusia tersebut terlupa untuk solat Asar..Dan akhirnya tertinggal la dia untuk solat Asar..Manusia tersebut terkejut apabila azan Maghrib berkumandang..Dengan tergesa-gesa manusia tersebut balik ke rumah bersihkan badan dan bersedia untuk menunaikan solat Maghrib..sudah menjadi tugas Syaitan adalah menghasut manusia untuk melakukan kejahatan dan meninggalkan solat adalah salah satunya..

Syaitan : Kau tergesa-gesa ni kenapa? Cerita la..
Manusia : Aku nak pergi solat Maghrib la..Pergi mana lagi..
Syaitan : Oh..Mana tau kau nak tidur..Ye la..Petang tadi kan kau sibuk bermain bola..Mesti
penat kan? kau tak penat ke? Kau rehat la dulu..Nanti kan boleh solat..
Manusia : Memang la aku penat..Ok juga tu..Tak pe la..Aku rehat dulu..Nanti je solat..
Syaitan : Bagus la kau ni..

Dipendek-pendekkan cerita manusia tersebut pun meninggalkan solat Maghrib..Betapa nipisnya iman manusia tersebut senipis kulit bawang di dapur rumah semua manusia.. :)
Apabila sampai waktu solat Isya' azan pun berkumandang dengan penuh keagungan memuji-muji Allah yang menyebabkan Saidina Umar R.A ketika zaman Rasulullah S.A.W..Dengan mudah Syaitan tersebut menyuruh manusia tersebut meninggalkan solat Isya'..

Syaitan : Eh,,kau tak payah solat Isya' la..
Manusia : Ok..Tak ada hal la..

Tiba-tiba Syaitan yang seronok apabila manusia tersebut meninggalkan solat dari solat Subuh, solat Zohor, solat Asar dan seterunya solat Maghrib menggigil2 ketakutan dan kesejukan seperti berada di kutub Utara dan kutub Selatan...Manusia pun pelik..Dan bertanya kepada Syaitan..

Manusia : Kau kenapa menggigil-gigil ni??
Syaitan : Aku tak percaya kau dah tinggalkan solat dari Subuh sampai nak ke Isya'..
Manusia : Bukan ke itu yang kau cakap tadi..
Syaitan : Kau tahu tidak aku ni dahulu sebelum Nabi Adam diciptkan kan aku adalah ketua
segala malaikat di Syurga..Aku tidak pernah sekali pun melanggar perintah Allah
kepada ku..Tapi sebab HANYA SATU saja aku melanggar perintah Allah iaitu
tidak sujud kepada Nabi Adam AKU TELAH DILAKNAT OLEH ALLAH & DI
CAMPAKKAN KE DUNIA INI!! KERANA ITU SAHAJA KAU TAU??!!!!!
Manusia : Jadi??
Syaitan : Aku hanya lakukan kesalahan tersebut sudah dilaknat Allah dan ditemptkan ke
Neraka buat selama-lamanya..Kau dengan selamba
telah meninggalkan SOLAT SUBUH,SOLAT ZOHOR,SOLAT
ASAR DAN SOLAT MAGHRIB..Kau tak takut dengan azab Allah ke?? Aku yang
menghasut kau pun takut mengenangkan azab yang akan Allah berikan, kau langsung
tiada persaan takut pun dengan azab Allah..



Moral cerita : Manusia ni sebenarnya mempunyai banyak sifat SOMBONG,TAKBUR &
ANGKUH..Dengan sifat ini la manusia ingkar dengan perintah Allah S.W.T..
Oleh itu,,sama-samalah kita berdoa supaya kita tidak tergolong dalam
kalangan manusia yang ingkar dengan setiap perintah Allah S.W.T..Tapi
mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.. Insya-allah.Amin

Jumaat, 5 Mac 2010

16 JANUARI 2010

assalamualaikum pembuka bicara...

Pada 16 Januari 2010 bertempat di kelas ...... kami mengadakan mesyuarat agung 10/11...setelah cikgu penasihat, Puan Hajah Zaharah binti Hamzah dan para pelajar berkumpul cikgu memberikan sepatah dua kata atas kehadiran kami dan Persatuan Agama Islam..kemudian kami melantik Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Agama Islam..


PENGERUSI : MUHAMAD HELMY BIN SABTU
NAIB PENGERUSI : MOHAMMAD TAUFIQ BIN RIDZUAN
SETIAUSAHA : AMININ SADIDA BINTI ANWAR
NAIB SETIAUSAHA : RAS ADEENA BINTI SAPPAR
BENDAHARI : SITI HASLINA BINTI ESMON
NAIB BENDAHARI : NURHIDAYAH BINTI MISLAN
AHLI JAWATANKUASA :
1) NUR EZZATI NABIHAH BINTI SARKAM
2) NAJWA BINTI MISRI
3) NOOR AMIRAH BT ILIYAS AHMAD
4) MUHAMMAD SHAFIK BIN NORMAN
5) MOHAMAD NOR HAFIZ B RAZALI
6) SITI NAJIHATUL WAHIDAH BT IDRIS
JURU AUDIT :
1) AHMAD BADRUL AMIR BIN MUHD ATAN
2) SITI HAWA BINTI ABD RASID

Sabtu, 27 Februari 2010

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum......

Selamat datang ke blog kami...insya-allah kami akan cuba memasukkan apa-apa aktiviti yang bakal dilaksanakan dan yang sudah dilaksanakan sepanjang tahun..kami berterima kasih kepada yang membantu,menolong dan memberi idea kepada kami untuk menjalankan aktiviti dan membaikkan aktiviti kami secara langsung mahupun tidak langsung...


TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN!! :)
p/s: sebarang idea untuk membaik pulih mahupun kritikan tentang apa yang kami lakukan
amat-amat kami alu-alukan...Boleh di hantar di komen mahu pun alamat email kami iaitu a_ga_ma@yahoo.com